Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj memasak makanan kepada mangsa banjir di di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentol, Maran.

KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG MEMASAK UNTUK MANGSA BANJIR

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

MARAN, 5 JANUARI 2021: Sudah menjadi kelaziman bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj untuk menyingsing lengan baju semata-mata bagi menyediakan makanan kepada mangsa banjir.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj memasak makanan kepada mangsa banjir di di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentol, Maran.

Begitu juga yang berlaku ketika keberangkatan Seri Paduka Baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ke Daerah Maran ini untuk menyantuni mangsa banjir.

Walaupun jadual lawatan Seri Paduka Baginda berdua padat, namun KDYMM Raja Permaisuri Agong masih sempat memasak untuk mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentol.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah melihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj memasak makanan untuk mangsa banjir di di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentol, Maran.

Dalam lawatan itu, KDYMM Raja Permaisuri Agong memasak sendiri sardin sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin untuk dinikmati oleh mangsa banjir di situ.

Seri Paduka Baginda juga turut memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan cara-cara yang betul memasak sardin supaya dapat memastikan mangsa banjir mendapat makanan lazat ketika berada di situ.

Turut bercemar duli, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 3,793 total views,  11 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download