KDYMM Raja Permaisuri Agong Berkenan Lawat Sekolah Sulaman Diraja di UK

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Ihsan Royal School of Needlework

KUANTAN : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan melawat Royal School of Needlework (RSN) di Hampton Court Palace di London, semalam.

RSN merupakan pusat kecemerlangan bagi seni sulaman tangan terkemuka di United Kingdom (UK).

Baginda dalam kunjungannya telah bertemu dengan kakitangan, penyulam serta pelajar di RSN dan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan kerja mereka dan kelihatan gembira melihat pelbagai teknik yang diajar.

KDYMM Raja Permaisuri Agong juga telah dibawa melihat pameran ‘Lost Dress Elizabeth I’ dan berpeluang mempelajari ‘Seeding Stitch’ secara tradisional yang digunakan pada hasil asal seperti yang digunapakai dalam kit sulaman Bacton khas mereka.

Teknik sulaman tangan ini diajar oleh Tutor dan Penyulam Studio RSN, Sarah Smith.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download