KDYMM Pemangku Raja Pahang bergambar bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali selepas berkenan menerima sumbangan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) semalam.

KDYMM PEMANGKU RAJA TERIMA SUMBANGAN DARIPADA KPPK

KUANTAN, 24 APRIL 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menerima sumbangan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) di sini semalam.

Sumbangan tersebut adalah 100,000 sarung tangan getah perubatan yang disalurkan baginda sebahagian kemudiannya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) serta pihak lain yang memerlukan.

Menurut KPPK dalam satu kenyataan, sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali di Istana Abdulaziz di sini.

“Sarung tangan getah perubatan merupakan antara produk keluaran negara yang dibekalkan bagi memenuhi 65% keperluan dunia.

“Sumbangan ini adalah demi menyatakan komitmen dan keprihatinan YB Dato’ Dr Mohd Khairudin serta kementerian betapa pentingnya semua rakyat menjaga diri dan mematuhi perintah PKP.

YB Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (tengah) berbincang bersama wakil istana berkenaan pengagihan sumbangan.

“Kumpulan Petugas Barisan Hadapan Frontliners di negeri Pahang tetap menjadi
perhatian dan menjadi keutamaan agihan bantuan tersebut,” kata kenyataan itu. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: