KDYMM PEMANGKU RAJA PERKENAN TEMPOH JAWATAN MENTERI BESAR, EXCO DILANJUTKAN

KUANTAN, 14 MEI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengampuni perkenan agar tempoh pemegang jawatan Menteri Besar Pahang oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 orang YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Pahang dilanjutkan sehingga tarikh pembubaran Dewan Negeri Pahang yang ke-14.

YAB Menteri Besar bersama Exco-Exco iaitu YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, YB Dato’ Sri Norolazali Sulaiman, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, YB Dato’ Haji Nazri Ngah dan YB Encik Abd Rahim Muda akan tamat tempoh jawatan pada 14 Mei 2020 manakala dua lagi Exco iaitu YB Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak dan YB Dato’ Abd. Aziz Haji Mat Kiram akan tamat tempoh jawatan pada 4 Jun 2020.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada YAB Menteri Besar Pahang dan Exco Pahang atas pelanjutan tempoh pemegang jawatan berkenaan dan berharap agar YAB Menteri Besar Pahang dan Exco Pahang terus berkhidmat demi rakyat dan Negeri Pahang dengan lebih komited.

“Dalam persekitaran norma baru akibat wabak COVID-19 yang melanda negara dan Negeri Pahang, baginda berharap YAB Menteri Besar Pahang dan Exco Pahang dapat mengembleng segenap usaha bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata tidak terjejas di samping terus berusaha untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau juga berkata, baginda juga mendoakan seluruh rakyat Negeri Pahang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Negeri Pahang daripada segala wabak, bencana dan malapetaka. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download