Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG TITAH SEMUA MASJID DI PAHANG ADAKAN SOLAT HAJAT

KUANTAN, 23 SEPTEMBER 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di Pahang mengadakan solat Hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, KDYMM Tuanku menitahkan solat Hajat, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat tersebut diadakan selepas solat Maghrib pada 24 September 2020 (khamis) bersamaan 6 Safar 1442 Hijrah.

Beliau juga berkata, KDYMM Tuanku turut menitahkan agar solat Hajat bagi tujuan tersebut juga diadakan selepas solat Jumaat pada 25 September 2020 bersamaan 7 Safar 1442 Hijrah.

Kenyataan Media Pejabat KDYMM Pemangku Raja Pahang.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera buat KDYMM Al-Sultan Abdullah serta melindungi negara dan Negeri Pahang daripada segala bencana, wabak, malapetaka dan huru hara,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan KDYMM Al-Sultan Abdullah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan baginda.

Beliau berkata, KDYMM Tuanku telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.

“Baginda juga diijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error