KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat kemusnahan premis penduduk di Benta akibat bencana banjir luar biasa di daerah Lipis dalam ziarah Baginda ke Jerantut dan Lipis, semalam.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG TERUSKAN ZIARAH KE DAERAH JERANTUT, LIPIS BAGI MENYANTUNI MANGSA BANJIR

JERANTUT, 7 JANUARI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meneruskan ziarah baginda ke daerah-daerah yang terjejas akibat banjir bagi melihat sendiri kemusnahan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir.

Selepas Raub, Maran dan Temerloh, KDYMM Tuanku meneruskan ziarah baginda ke daerah Jerantut dan Lipis petang semalam dan Baginda meluangkan masa seharian menziarahi kedua-dua daerah itu.

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menziarahi pusat pemindahan sementara di Jerantut dan Lipis serta mengurniakan sumbangan peribadi dan juga sumbangan MUIP dalam ziarah Baginda di kedua-dua daerah itu, semalam.

Bermula jam 9.20 pagi, KDYMM Tuanku memulakan perjalanan ke Jerantut dan pusat pemindahan sementara (PPS) pertama diziarahi Baginda ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temin. Baginda kemudiannya meneruskan ziarah ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TAHAP.

Selepas itu baginda juga turut menziarahi balu Allahyarham Zulkarnain Hitam yang meninggal dunia dalam kejadian lemas di Sungai Puas, Kg Gintong Isnin lalu dan turut mengurniakan sumbangan di Hospital Jerantut.

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menziarahi pusat pemindahan sementara di Jerantut dan Lipis serta mengurniakan sumbangan peribadi dan juga sumbangan MUIP dalam ziarah Baginda di kedua-dua daerah itu, semalam.

KDYMM Tuanku kemudiannya meneruskan ziarah ke daerah Lipis iaitu di PPS SK Budu, PPS Dewan Terbuka Taman Teratai Benta dan SK Benta.

Selesai sahaja ziarah ke PPS tersebut, KDYMM Tuanku kembali meneruskan ziarah ke daerah jerantut dengan menziarahi PPS SK Gelanggi 1, PPS SK Pulau Tawar.

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menziarahi pusat pemindahan sementara di Jerantut dan Lipis serta mengurniakan sumbangan peribadi dan juga sumbangan MUIP dalam ziarah Baginda di kedua-dua daerah itu, semalam.

KDYMM Tuanku kemudiannya melawat Madrasah Sungai Salan yang turut terjejas akibat banjir sebelum meneruskan ziarah ke SK Pedah dan berakhir di SK Teh pada jam 9.30 malam.

Dalam setiap ziarah itu, KDYMM Baginda Tuanku turut mengurniakan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan menziarahi pusat pemindahan sementara di Jerantut dan Lipis serta mengurniakan sumbangan peribadi dan juga sumbangan MUIP dalam ziarah Baginda di kedua-dua daerah itu, semalam.

Dalam pada itu juga, KDYMM Tuanku juga turut terkesan dan berdukacita dengan lima kematian dalam tempoh enam hari akibat bencana banjir di negeri ini.

Baginda turut menzahirkan ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ziarah KDYMM Tuanku di Jerantut turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Pulau Tawar, YH Dato’ Haji Nazri Ngah; Ahli Parlimen Jerantut, YH Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris; Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris; Pendakwah Ustaz Ebit Liew serta ketua-ketua jabatan.

Dalam ziarah KDYMM Tuanku di Lipis pula Baginda diiringi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YH Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Benta, YH Dato’ Sri Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak dan Pegawai Daerah Lipis, YH Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 828 total views,  7 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download