Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG SUMBANG ELAUN DIRAJA KE TABUNG COVID-19 PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 1 APRIL 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk tidak menerima bayaran Elaun Diraja baginda selama enam bulan.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, YH. Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, bayaran elaun itu adalah bagi tempoh bulan ini sehingga September 2020 dan akan disalurkan ke Tabung COVID-19 Pahang.

“Baginda berharap agar bantuan-bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung COVID-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.

“Selain itu, baginda turut bertitah agar seluruh rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

YH. Dato’ Haji Ahmad Khirrizal berkata, KDYMM Pemangku Raja juga mendoakan pesakit COVID-19 di seluruh Malaysia amnya termasuk di Pahang Khasnya diberi kesembuhan yang segera oleh Allah SWT.

“Selain itu, baginda juga berharap kesemua petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: