Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG SERU UMAT ISLAM BAYAR ZAKAT FITRAH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim

KUANTAN, 15 MEI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru kepada semua umat Islam di negeri ini supaya membayar Zakat Fitrah kerana ia adalah wajib.

Baginda bertitah, sehingga kini difahamkan hanya baru 40 peratus kutipan zakat berjaya dikutip.

“Zakat adalah wajib dibayar sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Al-Aqarah ayat 43 “Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat”.

“Justeru saya bersetuju bagi memudahkan lagi proses pembayaran zakat, khidmat amil akan digerakkan semula. Bagaimanapun, ianya mestilah mengikut prosedur dan SOP yang ditetapkan.

“Namun bagi yang ada perbankan internet, gunakanlah kemudahan tersebut,” baginda bertitah demikian ketika menyampaikan titah diraja sempena Solat Jumaat dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Osman dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

KDYMM Pemangku Raja Pahang bertitah, kutipan zakat ini akan dipulangkan semula kepada asnaf yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.

“Bagi tempoh Januari hingga April 2020, MUIP telah mengagihkan sebanyak 56 juta ringgit zakat kepada asnaf yang terlibat. Daripada jumlah tersebut, hampir RM10 juta sahaja disalurkan kepada asnaf yang terkesan dan hilang punca pendapatan kerana wabak COVID-19.

“Justeru sekali lagi saya menyeru, bayarlah zakat. Ianya wajib, kalau tidak bayar, berdosa,” titah baginda. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download