Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG NASIHATKAN RAKYAT PATUHI PKPB PADA MUSIM PERAYAAN

KUANTAN, 23 MEI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan ingatan yang muhibah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441 Hijrah kepada seluruh rakyat Negeri Pahang.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara dan Negeri Pahang, baginda menasihatkan agar seluruh rakyat sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, menjaga kesihatan diri dan keluarga serta menghindari daripada berhimpun secara ramai terutama pada musim perayaan ini.

Menurutnya, baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan meliputi petugas kesihatan, petugas keselamatan dan semua penjawat awam yang terlibat yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan wabak Pandamik COVID-19 di negara dan Negeri Pahang khususnya dalam keadaan terkawal.

“Baginda mendoakan seluruh rakyat Negeri Pahang berada dalam keadaan sihat dan selamat. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Negeri Pahang daripada segala wabak, bencana dan malapetaka,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error