Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
PEKAN, 10 DISEMBER 2020: KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat mencemar duli melawat satu keluarga yang ditimpa bencana kebakaran di Kampung Ubai di sini hari ini.
Baginda dibawa melawat ke tempat kejadian serta turut berkenan mengurniakan sumbangan bagi meringankan beban mangsa.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mengakibatkan, Mohd Lazim Mat Nor, 63, yang juga orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap semasa kebakaran berlaku.
Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah menerima panggilan kecemasan melibatkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal melalui sistem MERS 999 pada jam 10.30 pagi.
“PGO telah mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Peramu ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik satu jentera FRT, satu jentera LFRT, satu jentera EMRS dan satu jentera Water Tanker.
“Terdapat mangsa seorang lelaki dewasa terperangkap di dalam kebakaran rumah serta telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.
Katanya, mayat mangsa yang merupakan OKU telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan anggaran kemusnahan adalah 90 peratus. – PAHANGMEDIA
1,227 total views, 6 views today