Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat menyempurnakan pelancaran Buku Biografi Sukan 'Al-Sultan Abdullah: Raja Sukan Berjiwa Rakyat' bertempat di Hotel Shangri-La, di Kuala Lumpur.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG LANCAR BUKU BIOGRAFI SUKAN

KUALA LUMPUR 28 SEPTEMBER 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran Buku Biografi Sukan ‘Al-Sultan Abdullah: Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ bertempat di Hotel Shangri-La, di sini.

Baginda diiringi oleh YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan kepimpinan negeri pada Majlis Pelancaran Buku Biografi Sukan ‘Al-Sultan Abdullah: Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ bertempat di Hotel Shangri-La, di Kuala Lumpur.

Sementara itu YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam ucapannya pada majlis itu berkata, minat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah dalam sukan sebenarnya adalah sejak kecil lagi, dengan tumpuan kepada sukan-sukan seperti bola sepak dan hoki.

“Memasuki alam persekolahan di Sekolah Rendah St Thomas, Kuantan, kemahiran Baginda dalam sukan bola sepak misalnya, telah membawa Baginda bukan sahaja tersenarai dalam kesebelasan pasukan sekolah, tetapi diiktiraf pemain terbaiknya.

“Bermain di posisi ‘midfield’, ‘skill’ dan kawalan bola yang kemas di atas padang menjadikan Baginda dikenali sebagai seorang ‘tactician’ dan ‘maestro’ yang berkaliber,” katanya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan kepimpinan negeri pada Majlis Pelancaran Buku Biografi Sukan ‘Al-Sultan Abdullah: Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ bertempat di Hotel Shangri-La, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dalam sukan polo pula, Baginda juga terserlah kehebatannya sehingga Baginda terpilih mengetuai pasukan polo Malaysia ke Sukan SEA Ke-12 Tahun 1983, di Singapura.

“Hasil ‘captaincy’ dan semangat kesukanan Baginda, pasukan Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam acara polo, yang pertama kali dipertandingkan pada sukan rantau Asia Tenggara ini.

“Sepertimana hebatnya ‘skill’ sebagai pemain, begitulah juga dalam aspek kepemimpinan sukan. Baginda juga merupakan pemimpin sukan bukan sahaja bagi peringkat negeri dan negara, malah antarabangsa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan kepimpinan negeri pada Majlis Pelancaran Buku Biografi Sukan ‘Al-Sultan Abdullah: Raja Sukan Berjiwa Rakyat’ bertempat di Hotel Shangri-La, di Kuala Lumpur.

“Baginda ialah ‘a true blue sporting person’ yang mana kecintaan Baginda kepada sukan melampaui apa juga jenis sukan sekalipun,” ujarnya.

Katanya lagi, dengan minat mendalam Baginda terhadap sukan, turut menjadi faktor yang merapatkan Baginda dengan rakyat-jelata.

“Malah, Baginda tidak pernah terlepas untuk bercemar duli bersama-sama rakyat mengambil bahagian dalam pelbagai jenis sukan, sama ada sukan berkenaan adalah sukan kegemaran Baginda, mahupun yang tidak,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: