Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi, bertanya khabar, meninjau kawasan banjir serta mengurniakan sumbangan peribadi dan MUIP kepada mangsa banjir di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub, hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN ZIARAH MANGSA BANJIR DI 24 PPS DI RAUB

Foto: Pejabat YAB Menteri Besar Pahang & MUIP

RAUB, 04 JANUARI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menziarahi mangsa banjir di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi, bertanya khabar, meninjau kawasan banjir serta mengurniakan sumbangan peribadi dan MUIP kepada mangsa banjir di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub, hari ini.

Dalam ziarah tersebut KDYMM Tuanku diiringi oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; ┬áPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB Dato’ Abd Aziz Mat Kiram; Ahli Dewan Negeri Dong, YB Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YH Dato’ Ahmad Hairi Hussain dan Pegawai Daerah Raub, YH Dato’ Mohammad Shahid Ismail.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi, bertanya khabar, meninjau kawasan banjir serta mengurniakan sumbangan peribadi dan MUIP kepada mangsa banjir di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub, hari ini.

Antara PPS yang diziarahi KDYMM Tuanku ialah Surau AL- Hidayah Kg Melayu Sempalit, Dewan Serbaguna Gali Hilir, Balai Raya Kg Sg Pasu, Balai Raya Kg Durian Sebatang, SK Muhammad Jabar, Masjid Kuala Temau, Dewan Kg Pia, Balai Raya Kg Jeruas, Dewan Org ramai Kg Tersang, SK Kuala Dong, Dewan Perumahan Lechar, Balai Raya Lechar, Balai Raya Kg. Bkt Pampong, Balai Raya Kuala Keloi, Balai Raya Kg Pamah Kulat, Balai Raya Kg Pamah Rawas, Surau Peruas, Dewan Ulu Gali, Dewan Tok Machang dan Masjid Kg Pintu Padang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi, bertanya khabar, meninjau kawasan banjir serta mengurniakan sumbangan peribadi dan MUIP kepada mangsa banjir di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub, hari ini.

Dalam ziarah selama lima jam yang bermula pada jam 11.30 pagi itu, Baginda Tuanku berkenaan bertanya khabar, meninjau kawasan dinaiki air serta turut mengurniakan sumbangan peribadi dan juga MUIP kepada mangsa banjir.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi, bertanya khabar, meninjau kawasan banjir serta mengurniakan sumbangan peribadi dan MUIP kepada mangsa banjir di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub, hari ini.

KDYMM Tuanku juga turut menitahkan nasihat agar rakyat sentiasa mematuhi SOP Norma Baharu yang telah ditetapkan walaupun dalam keadaan musibah.

Baginda Tuanku juga meminta mereka yang dilanda musibah banjir ini supaya banyakkan bersabar serta berdoa agar musibah ini berakhir segera.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 2,492 total views,  9 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download