Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 15 JULAI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima mengadap empat pegawai kanan beruniform di Istana Abdulaziz, di sini.
Mereka ialah Panglima Angkatan Bersama, YH Leftenen Jeneral Dato’ Yazid Arshad TUDM; Bekas Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar Mohd Ajis TLDM; Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Mohd Hatim Saad TLDM dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang, Encik Kamarul Iskandar Nordin.
Dalam sesi mengadap lebih kurang satu jam itu, KDYMM Tuanku berkenan mendengar taklimat ringkas berkenaan keadaan semasa, pelan strategik serta hala tuju setiap organisasi.
Kebawah Duli Tuanku juga turut berkenan memberikan pandangan dan idea-idea baharu yang boleh menaikkan lagi organisasi tersebut.
Daulat Tuanku.