KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama wakil syarikat-syarikat dari MCKIP ketika penyerahan sumbangan topeng muka untuk diberikan kepada rakyat Pahang di Istana Abdulaziz, Kuantan Jumaat lalu.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN SYARIKAT PELABURAN DARI MCKIP SUMBANG TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT PAHANG

Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 17 MEI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat lalu berkenan syarikat-syarikat pelaburan di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) menyumbang 300,000 topeng muka kepada rakyat di Negeri Pahang di Istana Abdulaziz di sini.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Maxtrek Tyres, ZhongXin Paper, Alliance Steel (M) Sdn. Bhd, China Guangxi Beibu Gulf International Port CO. Ltd. bersama-sama Syarikat Pembinaan Tetap Teguh Sdn. Bhd.

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang kini memasuki fasa kedua, rata-rata syarikat telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk kembali beroperasi dengan mengambil kira norma baharu dalam pengendalian perniagaan.

Pemberian topeng muka ini adalah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Pahang untuk bersama-sama memerangi penularan wabak COVID-19.

Lebih 4.25 juta kes COVID-19 telah disahkan di seluruh dunia dan Malaysia juga turut terkesan dengan penularan wabak ini.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Di bawah konsep ‘Kemakmuran Bersama Dua Negara’ antara MCKIP dan Taman Perindustrian China-Malaysia QinZhou, lebih RM7.5 bilion telah dilaburkan oleh syarikat seperti Maxtrek Tyres, ZhongXin Paper, Alliance Steel (M) Sdn. Bhd dan China Guangxi Beibu Gulf International Port CO. Ltd.

Pelaburan ini telah membuka lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada warga tempatan, malah syarikat pembinaan tempatan seperti Pembinaan Tetap Teguh Sdn. Bhd. juga telah menandatangani kontrak melebihi RM1 bilion.

Dengan secara tidak langsung, pelaburan asing ini sedikit sebanyak telah merangsang ekonomi rakyat tempatan di negeri ini.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, sebagai tanda keprihatinan MCKIP terhadap kesihatan dan pembangunan warga setempat, sumbangan topeng muka jenama Kangda ini telah ditempah khas dari Bama, GuangXi (sebuah desa yang dikenali dunia dengan kebanyakkan penduduknya merupakan warga emas dan masih sihat).

Keakraban hubungan diplomasi negara Malaysia dan China umpama peribahasa ‘Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni’.

MCKIP berharap sumbangan dan bantuan yang dihulurkan dapat sedikit sebanyak membantu negeri Pahang mengekang penularan wabak ini.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: