KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi YH Dato' Yusri Hassan Basri (kiri) di atas kembalinya kerahmatullah isteri beliau di Masjid Alor Akar di sini petang tadi. Hadir sama Ketua Polis Pahang, YDH Dato' Abd Jalil Hassan (dua kanan).

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MENZIARAHI TIMBALAN KETUA POLIS PAHANG

KUANTAN, 20 JULAI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarahi Timbalan Ketua Polis Pahang, YH Dato’ Yusri Hassan Basri di atas kembalinya kerahmatullah isteri beliau di Masjid Alor Akar di sini petang tadi.

Pada ziarah itu, KDYMM Tuanku turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada Dato’ Yusri selain menyampaikan salam takziah daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkena mengurniakan sumbangan kepada Timbalan Ketua Polis Pahang, YH Dato’ Yusri Hassan Basri (kiri).
KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitipkan kata-kata semangat kepada Timbalan Ketua Polis Pahang, YH Dato’ Yusri Hassan Basri.

Allahyarham Datin Junaidah Muti @ Asa’ari, 46, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan kira kira jam 3 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jengka 3, Maran hari ini.

Al-Fatihah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download