KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibarahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa, Mohd Azmin Abdul Aziz di Taman Balok Pine, Kuantan hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MENZIARAHI MANGSA RUMAH DIHEMPAP POKOK

KUANTAN, 20 OGOS 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassnal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli menziarahi mangsa bencana sebuah rumah yang rosak teruk akibat dihempap pokok besar dua hari lalu di Taman Balok Pine di sini, hari ini.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibarahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat sendiri kerosakan rumah Mohd Azmin Abdul Aziz yang rosak akibat dihempap pokok di Taman Balok Pine, Kuantan hari ini.

Pada lawatan itu KDYMM Tuanku berkenan mengurniakan sumbangan peribadi Tuanku dan juga sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Baginda Tuanku juga turut mengambil kesempatan meninjau keadaan sekitar dan beramah mesra dengan penduduk di sekitar secara mengejut.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibarahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat sendiri kerosakan rumah Mohd Azmin Abdul Aziz yang rosak akibat dihempap pokok di Taman Balok Pine, Kuantan hari ini.
KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibarahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil kesempatan beramah mesra dengan penduduk sekitar serta mengurniakan tanda kasih Tuanku kepada kanak-kanak selepas menziarahi Mohd Azmin Abdul Aziz yang rumahnya rosak dihempap pokok di Taman Balok Pine, Kuantan hari ini.

Turut berangkat mengiringi Baginda ialah YAM Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam kejadian pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Mohd Azmin Abdul Aziz bersama tiga ahli keluarganya terselamat apabila rumahnya dihempap sebuah pokok sehingga mengakibatkan keseluruhan atap dari bahagian ruang tamu dan dapur rosak.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download