KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarah dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa ribut di Indera Mahkota 2, Kuantan hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MENZIARAHI MANGSA RIBUT DI INDERA MAHKOTA 2

KUANTAN, 30 OKTOBER 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menziarahi mangsa bencana akibat ribut di Indera Mahkota 2, di sini hari ini.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarah dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa ribut di Indera Mahkota 2, Kuantan hari ini.

Pada lawatan itu, KDYMM Tengku Hassanal berkenan mengurniakan sumbangan daripada Yayasan Al- Sultan Abdullah (YASA) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menziarah dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa ribut di Indera Mahkota 2, Kuantan hari ini.

KDYMM Tuanku turut bertitah Kerajaan Pahang untuk membantu baik pulih kerosakan rumah mangsa yang akan diselaraskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim Muda.

Dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 8 malam semalam, lebih 75 buah rumah di Lorong 46, 47 dan 48 Indera Mahkota 2 terjejas akibat bahagian atas rumah kesemua mangsa tidak boleh digunakan buat sementara waktu disebabkan atap tercabut dan menyebabkan siling bilik atas basah.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim Muda menziarahi mangsa ribut di Indera Mahkota 2, Kuantan, hari ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyalurkan bantuan segera berupa tikar, toto dan bencana kit.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: