KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kejadian ribut di Panching Selatan, di sini, hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN KURNIA SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 7 Jun 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menziarah mangsa kejadian ribut di Panching Selatan, di sini, hari ini.

Pada kunjung ziarah itu, baginda diiringi Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda turut berkenan mengurniakan bantuan kepada keluarga mangsa ribut berkenaan.

Kejadian ribut yang berlaku pada Jumaat lalu jam 5 petang, telah mengakibatkan sebuah rumah di Panching Selatan mengalami kerosakan teruk apabila 80 peratus rumah berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bilik, dapur, bilik air dan pendawaian elektrik.

Kedua-dua mangsa, Mohd Farid Mohd Saad, 41, dan Nurul Atiqah Razali, 29, kini
menumpang di rumah saudara berdekatan dengan rumah mereka.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah melakukan siasatan terhadap kerugian mangsa dan masih mempertimbangkan bantuan menerusi Tabung Bencana Daerah kepada keluarga terbabit.

Keluarga mangsa juga telah menerima sumbangan barangan keperluan daripada JKM. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: