Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

KDYMM AGONG SELESAI JALANI RAWATAN KERACUNAN MAKANAN DAN INTERVENSI DI IJN

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi di Institut Jantung Negara (IJN).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, YH Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, rawatan keracunan makanan bermula apabila KDYMM Al-Sultan Abdullah dimasukan ke IJN pada malam 21 September lalu.

Beliau berkata, rawatan intetvensi pula dilakukan susulan penimejan MRI pada 22 September lalu yang telah menunjukkan kecederaan yang dialami KDYMM Tuanku ketika bersukan.

“Seperti sedia maklum Seri Paduka Baginda sangat aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan antaranya polo berkuda, bola sepak, skuasy, hoki dan golf.

“Rawatan pada sendi-sendi lutut dan buku lali KDYMM Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September lalu. Seri Paduka Baginda kini dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Kenyataan Media Istana Negara.

YH Dato’ Indera Ahmad Fadil berkata, susulan daripada rawatan intervensi ini, Seri Paduka Baginda telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan pakar perubatan IJN.

Beliau berkata, KDYMM Tuanku dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan ini.

“KDYMM Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Seri Paduka Baginda dan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Bagind,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat supaya menjaga kesihatan diri masing-masing dan sentiasa berwaspada serta mematuhi ketetapan oleh kerajaan dan tatacara kebiasaan baharu berikutan situasi semasa jangkitan virus COVID-19 yang semakin meningkat di negara ini.

“KDYMM Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan Seri Paduka Baginda atas jumlah kes positif COVID-19 yang naik mendadak ini.

“Sehingga 27 September lalu, terdapat 150 kes baru yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 10,919 kes,” katanya.

YH Dato’ Indera Ahmad Fadil juga berkata, KDYMM Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kegusaran Seri Paduka Baginda berikutan peningkatan 36 kes positif COVID-19 di Semenanjung Malaysia setelah kembali dari Sabah yang telah dikesan daripada 20 hingga 27 September lalu.

Beliau juga meminta seluruh rakyat bersama-sama mendoakan semoga KDYMM Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kesihatan berpanjangan.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: