KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan memotong pulut kuning sambil disaksikan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj; Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi pada Majlis Santapan Hari Raya Aidiladha 2020 Yayasan Pahang, di Kuantan, hari ini.

KDYMM AGONG, PERMAISURI AGONG BERKENAN HADIR MAJLIS SANTAPAN AIDILADHA YAYASAN PAHANG

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 14 Ogos 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan bercemar duli pada Majlis Santapan Hari Raya Aidiladha 2020 Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

Baginda tiba di Bangunan Utama Yayasan Pahang tepat jam 5 petang bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima persembahan cendera kenangan daripada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang dan pemimpin barisan hadapan Negeri Pahang.

Majlis santapan Hari Raya Aidiladha itu turut dihadiri kekanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Hajjah Dato’ Aishah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad ShahAl-Musta’in Billah.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bergambar bersama tenaga pengajar Yayasan Pahang pada Majlis Santapan Hari Raya Aidiladha 2020 Yayasan Pahang, di Kuantan, hari ini.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bergambar bersama kakitangan Yayasan Pahang pada Majlis Santapan Hari Raya Aidiladha 2020 Yayasan Pahang, di Kuantan, hari ini

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato’ Sri Abdul Rahman Osman diikuti ucapan aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato’ Mahmud Mohd Nawawi sebelum persembahan multimedia oleh Yayasan Pahang.

Antara barisan Exco Kerajaan Pahang yang turut hadir pada Majlis Santapan Hari Raya Aidiladha 2020 Yayasan Pahang, di Kuantan, hari ini.

Baginda turut berkenan memotong pulut kuning dan persembahan kek sempena hari keputeraan baginda ke-61 sebelum menerima persembahan cendera kenangan daripada YAB Menteri Besar Pahang.

Pada jam 6 petang, baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat pulang meninggalkan majlis. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: