Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS DIBENARKAN MEMASUKI MAKAN DALAM RESTORAN

KUANTAN 19 JUN 2020: Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah serta warga emas berumur 60 tahun ke atas kini boleh memasuki dan makan dalam di premis serta masuki fasiliti kawasan rehat dan rawat di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kebenaran ini adalah untuk masuk dan makan dalam di premis meliputi restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan (berbumbung), kiosk, ‘food court’ dan ‘food truck’ di negeri ini.

“Ini turut termasuk di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Lebuhraya Karak-KL, LPT 1 dan LPT2. Begitu juga fasiliti-fasili lain seperti surau dan tandas awam di R&R, taman awam dan taman permainan kanak-kanak.

“Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk tidak menetapkan lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk bagi setiap meja makan di restoran dan kedai makan. Kebenaran ini berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, kebenaran ini diberikan setelah meneliti keadaan semasa serta keperluannya dan Ia juga sebahagian lagi langkah peluasan operasi premis perniagaan di negeri ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Saya meminta agar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini seperti penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara pelanggan/pekerja, terus dipatuhi,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: