Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad

KAKITANGAN JAIP, PESERTA MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN KAFA KEBANGSAAN DIKEHENDAKI JALANI UJIAN COVID-19

KUANTAN, 6 OKTOBER 2020: Kerajaan Pahang mengarahkan peserta dan kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang terlibat dalam Majlis Tilawah Dan Hafazan KAFA Kebangsaan 2020 yang berlangsung di Hotel Geno, Shah Alam, Selangor pada 4 Oktober lalu menjalani ujian saringan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, langkah itu diambil selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB. Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan menghidap COVID-19.

Beliau berkata, ini kerana majlis itu dirasmikan oleh Datuk Dr Zulkifli dan mereka yang terlibat dikehendaki melaksanakan ujian tersebut bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

“Saya meminta mereka yang terlibat dalam majlis yang dirasmikan oleh YB Menteri (Datuk Dr Zulkifli) menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin kendiri selama 14 hari walaupun keputusan ujian adalah negatif,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

YB. Senator Datuk Dr. Zulkifli semalam mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif COVID-19.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di klinik kesihatan dengan segera. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 64 total views

Please follow and like us:
error
error: