KADAR JENAYAH DI PAHANG MENURUN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN: Kadar jenayah di negeri ini menunjukkan penurunan sebanyak 313 kes atau 8.7 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2018.

Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak 3,269 kes dicatatkan pada tahun lalu berbanding sebanyak 3,582 kes pada tahun 2018.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 8.7 peratus. Jenayah ini meliputi kekerasan, harta benda, penyalahgunaan dadah, sitaan harta, komersial, selain kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Taklimat Bersama Ketua Jabatan dan Ketua-ketua Polis Daerah bagi bulan Januari di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd. Yusri Hassan Basri; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, SAC Dato’ Othman Nayan; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, SAC Dato’ Abdul Aziz Salleh dan Ketua Cawangan Khas Pahang, SAC Dato’ Haji Mohd. Khalid Ismail.

Beliau berkata, seramai 16,507 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah pada 2019 berbanding 15,746 orang pada 2018.

“Bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pula, sejumlah 1,244 kes telah dibuka pada 2019 dengan nilai besar kerugian dicatatkan sebanyak RM47.49 Juta berbanding 1,260 kes dengan kerugian sebanyak RM34.54 juta pada 2018.

“Perbandingan statistik kemalangan jalan raya menunjukkan kemalangan yang dilaporkan pada 2018 adalah 20,637 kes manakala 2019 adalah 21,211 kes iaitu meningkat 574 kes.

“Bagi kemalangan jalan raya maut, terdapat 399 kes yang dilaporkan pada 2019 berbanding 411 kes bagi 2018, dengan jumlah kematian turut menurun sebanyak 46 kes iaitu daripada 454 kes pada 2019 berbanding 500 kes bagi 2018,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga telah berjaya menyelesaikan 1,717 kes daripada 3,269 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri ini dengar kadar 52.52 peratus.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: