Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH Dato’ Hamdan Husin ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Kuantan Ke Arah Bandaraya Pintar E-billing di Kompleks Ibu Pejabat MPK, di Kuantan, hari ini.

KADAR BAYARAN PARKIR MPK MENINGKAT 50 PERATUS MENERUSI PAHANGGO

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 11 OGOS 2020: Kadar bayaran parkir di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) meningkat sehingga 50 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2019.

Yang Dipertuanya, YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, jumlah tersebut meningkat menjadikan hasil kutipan bayaran parkir melebihi RM1 juta menerusi penggunaan aplikasi PahangGo.

Beliau berkata, kaedah bayaran menerusi atas talian menggunakan aplikasi tersebut memberikan kemudahan kepada orang ramai.

“Kita telah menjalin kerjasama dengan PahangGo terutama dalam membuat bayaran parkir dan penggunaannya lebih mudah selain menggunakan kupon yang boleh dibeli menerusi 500 agen di seluruh daerah itu,” katanya.

Penggunaan aplikasi itu juga dilihat lebih mesra pengguna apabila golongan berusia juga dapat menggunakannya dengan mudah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH Dato’ Hamdan Husin ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kuantan Ke Arah Bandaraya Pintar E-billing di Kompleks Ibu Pejabat MPK, di Kuantan, hari ini.

Tambahnya, kadar penggunaan kupon juga turut meningkat selepas perlaksanaan perubahan kadar kompaun parkir oleh MPK beberapa bulan lalu.

“Kutipan sehingga Mei hingga Julai 2019 adalah sebanyak RM632,943, namun pada Mei 2020 sedikit berkurangan kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mencatat sebanyak RM209,000 sahaja.

“Pada Julai 2019, sebanyak RM664,868 berjaya dicatat, namun sebaik sahaja penguatkuasaan dilaksanakan pada tahun ini, sebanyak RM1,136,253 berjaya dicatatkan, ini merupakan satu peningkatan yang amat ketara,” katanya.

Dalam pada itu, Dato’ Hamdan berkata, MPK juga terpaksa menanggung tunggakan sebanyak RM10.3 juta dalam tempoh 10 tahun.

Justeru, MPK perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tunggakan tersebut dapat dikurangkan selain memberi kesedaran terhadap orang ramai khususnya masyarakat di daerah Kuantan.

Beliau berkata, kadar parkir MPK sebanyak 65 sen sejam adalah kekal sejak tahun 2013 dan antara kadar terendah berbanding beberapa negeri lain di Malaysia.

Kadar pematuhan orang ramai juga semakin meningkat dengan wujudnya kesedaran terhadap tanggungjawab masing-masing. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: