Dewan Undangan Negeri Pahang.

KABINET TERBUBAR, PAHANG TIDAK TERJEJAS

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 25 FEBUARI 2020: Menteri Besar Pahang tidak perlu mengadap Sultan Pahang bagi mengekalkan jawatan dan barisan pentadbirannya ekoran masih dapat menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz ketika dihubungi berkata, seseorang Menteri Besar hendaklah meletakkan jawatan sekiranya kehilangan majoriti.

Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz

“Ekoran daripada Bersatu telah membuat keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH), maka pada peringkat negeri, sekiranya mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri yang menganggap dirinya telah hilang majoriti hendaklah mengadap Sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

“Ia adalah untuk menyatakan keadaan politik semasa di negeri merujuk kepada bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan kepercayaan terhadapnya selaku Menteri Besar dan sekiranya seseorang Menteri Besar menganggap dirinya telah kehilangan majoriti, seeloknya Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan,” katanya.

Pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu, BN memenangi 25 daripada 42 Kerusi DUN Pahang manakala PAS (8), DAP (7) dan PKR (2).

Semalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim selepas menerima peletakan jawatannya.

Perlantikan tersebut dilakukan sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: