Anggota bomba membantu seorang mangsa banjir yang uzur di Kampung Lamir di Pekan

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG TURUN SEDIKIT

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 07 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir di negeri turun sedikit iaitu membabitkan seramai 24,033 mangsa daripada 6,405 keluarga setakat jam 8 malam berbanding pagi tadi iaitu seramai 24,318 mangsa daripada 6,540 keluarga.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak sembilan buah daerah di negeri ini terlibat dengan bencana banjir iaitu Kuantan, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Rompin, Pekan dan Bera.

Daerah Temerloh paling teruk terjejas dengan 7,170 mangsa daripada 1,892 keluarga dipindahkan ke 59 PPS, diikuti Maran 4, 215 mangsa daripada 1,412 keluarga dipindahkan ke 39 PPS dan Lipis pula dengan 2,528 mangsa daripada 664 keluarga dipindahkan ke 39 PPS.

Di Lipis pula membabitkan seramai 2,528 mangsa melibatkan 664 keluarga ditempatkan di 39 PPS, Kuantan seramai 2,431 mangsa daripada 669 keluarga ditempatkan di 27 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 2,183 mangsa daripada 541 keluarga membabitkan 33 PPS.

Daerah Raub pula mencatatkan seramai 1,984 mangsa daripada 530 keluarga ditempatkan di 34 PPS, diikuti Rompin seramai 998 mangsa daripada 26 keluarga ditempatkan di lapan PPS dan di Bera seramai 997 mangsa daripada 250 keluarga ditempatkan di 12 PPS. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,012 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download