JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG TURUN SEDIKIT PAGI INI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

KUANTAN, 10 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir di sembilan buah daerah di negeri ini turun sedikit kepada 26,242 mangsa daripada 7,076 keluarga yang dipindahkan ke 268 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11.30 pagi ini.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding malam tadi iaitu seramai 26,525 mangsa daripada 7,160 keluarga dipindahkan ke 283 PPS.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Temerloh paling teruk terjejas dengan 11,982 mangsa daripada 3,271 keluarga dipindahkan ke 84 PPS, diikuti Maran 3,728 mangsa daripada 1003 keluarga dipindahkan ke 40 PPS dan Lipis pula dengan 2,263 mangsa daripada 592 keluarga dipindahkan ke 33 PPS.

Di Pekan pula membabitkan seramai 2,411 mangsa melibatkan 691 keluarga ditempatkan di 33 PPS, Kuantan seramai 965 mangsa daripada 222 keluarga ditempatkan di 11 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 1,339 mangsa daripada 352 keluarga membabitkan 22 PPS.

Daerah Raub pula mencatatkan seramai 1,788 mangsa daripada 466 keluarga ditempatkan di 28 PPS, diikuti Rompin seramai 200 mangsa daripada 49 keluarga ditempatkan di tiga PPS dan di Bera seramai 1,558 mangsa daripada 431 keluarga ditempatkan di 15 PPS. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download