JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENURUN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 13 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 127 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan buah daerah terjejas menurun kepada 14,109 mangsa daripada 3,928 keluarga setakat jam 4 petang ini.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding seramai 18,939 mangsa daripada 5,209 keluarga yang ditempatkan di 176 PPS, semalam.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Temerloh masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi di Pahang di mana seramai 5,850 mangsa daripada 1,567 keluarga ditempatkan di 31 PPS.

Ia diikuti daerah Pekan dengan 3,290 mangsa daripada 924 keluarga ditempatkan di 38 PPS manakala Maran pula dengan 2,066 mangsa daripada 587 keluarga ditempatkan di 28 PPS.

Selain itu, daerah Bera memperlihatkan seramai 1,633 mangsa daripada 451 keluarga dipindahkan di 16 PPS, diikuti daerah Lipis dengan 353 mangsa daripada 93 keluarga dipindahkan di dua PPS.

Di Kuantan pula seramai 792 mangsa daripada 174 keluarga masih lagi ditempatkan di lapan PPS, diikuti daerah Jerantut dengan 73 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di satu PPS dan akhir sekali daerah Raub dengan 52 mangsa daripada 10 keluarga masih lagi ditempatkan di tiga PPS.

Pada jam 5 petang semalam juga, semua PPS di daerah Rompin telah ditutup memandangkan keadaan banjir yang sudah pulih dan kesemua mangsa dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, Kerajaan Pahang kini sedang menumpukan kepada usaha pemulihan pasca banjir dengan pelbagai bantuan sedang dihulurkan kepada mangsa yang kediaman mereka terjejas.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu temubual bersama Pahangfm semalam menyatakan pasca banjir merupakan waktu yang paling kritikal untuk diatasi dan sebab itulah usaha-usaha bantuan perlu digerakkan dan disegerakan. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 353 total views,  6 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download