JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG TERUS MENINGKAT KEPADA 19,548 MANGSA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 6 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 19,548 mangsa daripada 5,202 keluarga setakat jam 10 pagi hari ini berbanding seramai 18,217 mangsa daripada 4,857 keluarga malam tadi.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa dipindahkan ke 248 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan buah daerah di negeri ini.

Daerah yang terjejas akibat banjir ialah Kuantan, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Rompin, Pekan dan Bera manakala PPS di Bentong sudah pun ditutup sejak semalam.

Daerah Maran paling teruk terjejas dengan 4,505 mangsa daripada 1,239 keluarga dipindahkan ke 38 PPS, diikuti Temerloh 3,383 mangsa daripada 901 keluarga dipindahkan ke 46 PPS dan Kuantan pula dengan 2,550 mangsa daripada 686 keluarga dipindahkan ke 22 PPS.

Di Lipis pula membabitkan seramai 2,551 mangsa melibatkan 675 keluarga ditempatkan di 40 PPS, Raub seramai 2,391 mangsa daripada 642 keluarga ditempatkan di 37 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 2,316 mangsa daripada 570 keluarga membabitkan 36 PPS.

Nurul Ain Rahasen, 9, ditemani abangnya meredah banjir dihadapan rumah mereka sambil membawa setandan pisang yang baru dipotong untuk dibawa ke Pusat Pemindahan Banjir di Kampung Sungai Ganchong, Pekan.

Daerah Rompin pula mencatatkan seramai 1,012 mangsa daripada 264 keluarga ditempatkan di tujuh PPS, diikuti Pekan seramai 430 mangsa daripada 116 keluarga ditempatkan di 13 PPS dan di Bera seramai 410 mangsa daripada 109 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran peringkat kuning (waspada) dengan hujan lebat dijangka berlaku seluruh Negeri Pahang hari ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,580 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download