Oleh:Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
KUANTAN, 09 JANUARI 2021: Jumlah mangsa banjir di sembilan buah daerah di negeri ini tidak banyak berubah apabila mencatatkan seramai 26,647 mangsa daripada 7,255 keluarga dipindahkan ke 292 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 pagi.
Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding malam tadi iaitu seramai 26,889 daripada 7,256 keluarga yang ditempatkan di 291 PPS.
Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Temerloh paling teruk terjejas dengan 11,712 mangsa daripada 3,178 keluarga dipindahkan ke 88 PPS, diikuti Maran 3,443 mangsa daripada 893 keluarga dipindahkan ke 42 PPS dan Lipis pula dengan 2,421 mangsa daripada 641 keluarga dipindahkan ke 37 PPS.
Di Pekan pula membabitkan seramai 1,968 mangsa melibatkan 590 keluarga ditempatkan di 31 PPS, Kuantan seramai 1,535 mangsa daripada 430 keluarga ditempatkan di 16 PPS dan Jerantut membabitkan seramai 1,663 mangsa daripada 471 keluarga membabitkan 28 PPS.
Daerah Raub pula mencatatkan seramai 1,866 mangsa daripada 487 keluarga ditempatkan di 31 PPS, diikuti Rompin seramai 636 mangsa daripada 179 keluarga ditempatkan di enam PPS dan di Bera seramai 1,403 mangsa daripada 386 keluarga ditempatkan di 13 PPS. – PAHANGMEDIA
1,113 total views, 3 views today