Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) meninjau keadaan banjir di Taman Amalina Perdana, Raub petang tadi.

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG KINI MELEBIHI 3,000 ORANG, 9 DAERAH TERJEJAS

KUANTAN, 3 JANUARI 2021: Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila seramai 3,505 mangsa daripada 913 keluarga dipindahkan ke 75 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah sehingga jam 6 petang tadi.

Sembilan daerah yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak kelmarin ialah Kuantan, Temerloh, Maran, Rompin, Jerantut, Raub, Lipis, Bentong dan Pekan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai UMNO Kampung Batu Talam, Raub dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB Dato’ Abd Aziz Mat Kiram petang tadi.

Berdasarkan laporan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 6 petang tadi, daerah Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi pemindahan mangsa banjir dengan 1,097 mangsa daripada 279 keluarga dipindahkan ke 12 buah PPS iaitu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Paya Bungor yang menempatkan 84 mangsa daripada 23 keluarga, PPS Bengkel Jahitan KEMAS pula menempatkan 52 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah (115 mangsa, 30 keluarga), PPS Dewan Orang Ramai Sri Damai (62 mangsa, 22 keluarga).

Selain itu PPS SK Kempadang (48 mangsa, 14 keluarga), PPS SK Galing (330 mangsa, 80 keluarga), PPS SK Sungai Isap (42 mangsa, 5 keluarga), PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan (39 mangsa, 16 keluarga), PPS Balairaya Kampung Pahang (24 mangsa, 7 keluarga), PPS SMK Sungai Lembing (100 mangsa, 28 keluarga), PPS Dewan SJKC Sungai Lembing (66 mangsa, 27 keluarga), PPS Dewan Orang Ramai Taman Seri Mahkota (65 mangsa, 13 keluarga) dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Jaya Gading (70 mangsa, 16 keluarga).

Di Maran, seramai 594 mangsa daripada 149 keluarga dipindahkan ke tujuh buah PPS iaitu PPS Balairaya Kampung Jara yang menempatkan 44 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Surau Sungai Jerik menempatkan 76 mangsa daripada 21 keluarga, PPS SK Kuala Sentul (314 mangsa, 86 keluarga), PPS Dewan JKKR Jengka 14 (83 mangsa, 12 keluarga) dan PPS Balairaya Kampung Berkat (77 mangsa, 17 keluarga) manakala dua PPS iaitu PPS Masjid As-Syikirin dan PPS SMK Maran sudah pun dibuka untuk penempatan mangsa banjir.

Di Jerantut, seramai 594 mangsa daripada 1142 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan iaitu PPS SK Batu Balai menempatkan 33 mangsa daripada 10 keluarga, PPS SK Kampung Bharu menempatkan 39 mangsa daripada 14 keluarga, PPS LKTP Tekam Utara (34 mangsa, 6 keluarga), PPS SK Pedah (37 mangsa, 13 keluarga), PPS SK Temin (26 mangsa, 8 keluarga), PPS SK (FELDA) Kota Gelanggi 1 (178 mangsa, 41 keluarga), PPS SK Durian Hijau (38 mangsa, 8 keluarga), PPS SK (LKTP) Kota Gelanggi 3 (38 mangsa, 7 keluarga), PPS SK Chebong (6 mangsa, 1 keluarga), PPS SMK TAHAP (4 mangsa, 1 keluarga), PPS Dewan Jengka 24 (4 mangsa, 1 keluarga), PPS SK (FELDA) Sungai Retang (72 mangsa, 10 keluarga), PPS SMK PPPTR (61 mangsa, 16 keluarga) dan SMK Damak (24 mangsa, 6 keluarga).

Di Raub, seramai 456 mangsa daripada 161 keluarga dipindahkan ke 11 PPS manakala 15 lagi PPS sudah dibuka dan bersedia menerima pemindahan mangsa.

Sebelas PPS yang dibuka ialah PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam menempatkan 13 mangsa daripada enam keluarga, PPS Surau Kampung Peruas menempatkan 61 mangsa daripada 12 keluarga, PPS Balairaya Kampung Pamah Kulat (76 mangsa, 15 keluarga), PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai (51 mangsa, 14 keluarga), PPS Balairaya Kampung Sempam Baru (7 mangsa, 2 keluarga) PPS Masjid Kuala Temau (17 mangsa, 11 keluarga), PPS Balairaya Kampung Pintu Padang (11 mangsa, 2 keluarga), PPS SK Ulu Atok (102 mangsa, 23 keluarga), PPS Dewan Serbaguna Kampung Pia (22 mangsa, 7 keluarga), PPS SK Tanjung Putus (66 mangsa, 20 keluarga), PPS Balairaya Kampung Sempam Baru (7 mangsa, 2 keluarga) dan PPS Balairaya Kampung Sega Lama (30 mangsa, 4 keluarga),

Di Rompin pula, seramai 358 mangsa daripada 92 keluarga dipindahkan ke enam buah PPS iaitu PPS Balairaya Bukit Lepas menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga, PPS SK Pontian (15 mangsa, 4 keluarga), PPS Dewan Orang Ramai Bukit Ibam (7 mangsa, 2 keluarga), PPS Kampung Setajam (124 mangsa, 36 keluarga), PPS Balairaya Kampung Jawa (23 mangsa, 9 keluarga) dan PPS SK Sarang Tiong (145 mangsa, 29 keluarga)

Di Temerloh pula, seramai 273 mangsa daripada 79 keluarga dipindahkan ke empat buah PPS iaitu PPS SK Desa Bakti dengan menempatkan 244 mangsa daripada 73 keluarga, PPS Dewan Belia Paya Luas (16 mangsa, 3 keluarga), PPS SK Sungai Gau (8 mangsa, 2 keluarga) dan PPS SK Jalan Bahagian (5 mangsa, 1 keluarga).

Di Pekan, seramai 53 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan iaitu PPS SK FELDA Chini 3 Dan 5 yang menempatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga dan PPS SMK Perami Jaya menempatkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga.

Di Bentong, hanya satu PPS dibuka iaitu PPS Bukit Piatu yang menempatkan 45 mangsa daripada lapan keluarga.

Di Lipis pula, seramai 35 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahakan iaitu PPS SK Budu yang menempatkan 24 mangsa daripada 11 keluarga dan PPS Balairaya Kampung Lalang menempatkan 11 mangsa daripada satu keluarga.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di sebelah petang tadi meninjau keadaan banjir di Taman Amalina Perdana, Raub dan meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam, Raub.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 3,321 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download