JUMLAH KENDERAAN MENGHALA PANTAI TIMUR MENURUN 71 PERATUS

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 14 OKTOBER 2020: Jumlah kenderaan yang memasuki Pantai Timur dilaporkan menurun sebanyak 71 peratus setakat 12 tengahari ini.

Pengarah Wilayah Timur Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Encik Ir. Khairul Anuar Muhari berkata sebanyak 4,033 kenderaan dilaporkan memasuki Plaza Tol Gombak bermula 6 pagi sehingga 12 tengahari hari ini.

“Pada Isnin lepas, kita merekodkan 25,538 kenderaan memasuki lebuhraya daripada Plaza Tol Gombak menghala pantai timur.

Gambar yang tukar di media sosial semalam menunjukkan pertambahan kenderaan di Plaza Tol Bentong dari arah Gombak berikutan kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini.

“Jumlah ini meningkat sebanyak 19 peratus kepada 31,519 kenderaan pada Selasa namun mulai menurun hari ini,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Beliau berkata jumlah kenderaan yang menghala ke arah Pantai Barat melalui Plaza Tol Gombak juga menunjukkan penurunan ketara sebanyak 72 peratus berbanding hari sebelumnya.

“Sebanyak 27,430 kenderaan dilaporkan memasuki Plaza Tol Gombak pada Isnin dan jumlah ini meningkat sebanyak enam peratus pada Selasa iaitu 29,123 kenderaan.

“Namun jumlah ini menurun kepada 1,534 kenderaan sahaja hari ini iaitu penurunan sebanyak 72 peratus kenderaan,” katanya.

Beliau berkata jumlah kenderaan dijangka semakin berkurang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor bagi kedua-dua arah.

Sementara itu, Pengurus Operasi Anih Berhad, Encik Izani Kasnin ketika dihubungi berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) direkodkan agak tinggi berbanding biasa.

“Trafik yang masuk ke Plaza Tol Karak pada Isnin lepas adalah sebanyak 10,318 kenderaan dan jumlah ini meningkat kepada 14,773 kenderaan pada Selasa.

“Namun demikian trafik yang masuk ke LPT 1 dari arah Terengganu merekodkan jumlah yang biasa iaitu 5,288 (Isnin) dan 5,367 (Selasa),” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan menghubungi LLM di talian 1800-88-7752 atau layari laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Bagi mengetahui keadaan trafik di pantai timur, orang ramai boleh menghubungi 09-5479111 atau 1-700-818-700. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 66 total views

Please follow and like us:
error
error: