Pengarah JPJ Negeri Pahang, Encik Kamarul Iskandar Nordin.

JPJ PAHANG PEROLEH RM326,900 DALAM LELONGAN 30 KENDERAAN

Oleh: Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 24 SEPTEMBER 2020 : Sebanyak RM326,900 diperoleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang hasil lelongan 30 buah kenderaan termasuklah 17 buah kenderaan klon hari ini.

Pengarahnya, Kamarul Iskandar Nordin berkata lelongan kenderaan klon menyumbang hasil kutipan sebanyak RM288,800 daripada keseluruhan jualan.

“Jumlah bidaan tertinggi adalah bagi kenderaan jenis Honda Stream yang dijual pada harga RM30,500 daripada nilai bukaan bidaan iaitu RM11,800.

“Lelongan kali ini melibatkan 11 buah kereta, kenderaan pelbagai guna (9), lori kecik (6), dan motorsikal (4),” katanya dalam Lelongan Awam Siri 2/2020 di Dewan Serbaguna JPJ Negeri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 46 pembida hadir pada lelongan kali ini yang bermula dari 9.30 pagi dengan kesemua kenderaan telah berjaya dijual.

“Sebanyak 70 naskah buku lelong telah pun dijual sebelum hari lelongan dijalankan namun hanya 46 pembida yang hadir.

“Dan dalam 30 buah kenderaan keseluruhan yang dilelong tersebut, tujuh buah adalah kenderaan skrap yang tidak boleh dilesenkan,” katanya.

Dalam bidaan Siri 1 pada Februari lepas, sebanyak 77 kenderaan telah berjaya dilelong dengan jumlah kutipan keseluruhan adalah sebanyak RM873,150.

Bidaan Siri 1 ini juga turut melelong 53 kenderaan klon, 18 kenderaan skrap dengan bidaan tertinggi adalah kenderaan jenis Honda Odyssey yang dibida dengan harga RM37,100. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: