Ketua Penerangan UMNO Pekan yang juga ADN Bebar, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (tiga dari kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Biro Penerangan PDM DN Chini di Felda Chini 3.

JENTERA DIINGAT TIDAK AMBIL MUDAH PRK CHINI

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 08 JUN 2020 : Jentera pilihan raya UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini diingatkan supaya tidak mengambil mudah usaha menghadapi PRK pada 4 Julai ini.

Ketua Penerangan UMNO Pekan merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar, YB Dato’ Haji Mohd Fakharuddin Mohd Ariff berkata jentera pilihan raya yang ada perlulah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ini walaupun Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak bertanding.

“Walaupun PH telah memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRK Chini ini namun jentera tetap perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Penerangan UMNO Pekan merangkap Ahli Dewan Negeri Bebar, YB Dato’ Haji Mohd Fakharuddin Mohd Ariff.

“Kita (UMNO dan PAS) memang bersama dalam Muafakat Nasional tetapi kita tetap perlu bersedia dengan mana-mana calon lain, calon bebas yang mungkin akan bertanding. Jadi apa pun kita tetap perlu bersedia sebaik mungkin menghadapi PRK ini,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan bersama Pengerusi Biro Penerangan PDM DN Chini di Felda Chini 3.

Beliau berkata jentera UMNO bagi PRK Chini ini dilihat telah bersedia untuk menghadapi PRK kali ini walaupun dalam keadaan penularan wabak COVID-19.

“Walaupun wabak COVID-19 ini dilihat akan merubah landskap berkempen tidak seperti kebiasaan kita sebelum ini, namun kita akan mengeluarkan tatacara berkempen nanti mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita faham tiada kempen besar-besaran macam dulu jadi kita telah memperhalusi dna memperkemaskan lagi SOP (tatacara operasi standard) bagi PRK nanti supaya ia tidak menjadi punca kita terdedah kepada risiko penularan wabak ini,” katanya.

Mengulas mengenai calon yang akan bertanding di PRK Chini ini, beliau berkata siapa pun yang dicalonkan perlulah yang dapat membuat kerja seperti Allahyarham YB. Dato’ Sri Abu Bakar Harun.

“Yang penting calon yang ganti nanti dapat buat kerja macam Allahyarham, dan kebajikan rakyat Chini menjadi kepentingan utamanya.

“Selain itu, yang penting, kesejahteraan rakyat itu haruslah diutamakan semasa pilihan raya nanti dan kita mesti mencapai kemenangan cemerlang pada PRK kali ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: