Datin Seri Razana Fatin Abdullah@Razali, menyiram pusara suaminya, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun (Ahli Dewan Negeri, Chini) di Tanah Perkuburan Felda Chini disini hari ini.

JENAZAH ADN CHINI SELAMAT DIKEBUMI

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali & Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 7 MEI 2020: Jenazah Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Dato’ Sri Abu Bakar Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chini pada pukul 2 petang tadi.

Jenazah selamat diuruskan dan dibawa pulang selepas disahkan meninggal dunia pada pukul 11.55 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Turut hadir menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Exco Kerajaan Negeri, ahli dewan negeri , pemimpin serta penduduk setempat.

Allahyarham meninggalkan isteri, YBhg. Datin Sri Rozana Fatin Abdullah@Razali serta dua anak berusia 25 dan 27 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Allahyarham ialah bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Pahang bagi tempoh 2013 hingga 2018, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kuasa Hal Ehwal FELDA Negeri Negeri Pahang.

Allahyarham juga berkhidmat selaku Ahli Dewan Negeri Chini selama empat penggal iaitu sejak tahun 2004 hingga kini.

Allahyarham turut menabur bakti sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif FELDA Global Ventures Holdings Berhad.

Sesungguhnya jasa dan bakti Allahyarham kepada masyarakat FELDA khususnya, dan rakyat Pahang amnya sememangnya tidak terkira banyaknya. -PAHANG MEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: