Jenamakan Semula Serambi Teruntum

Oleh Shahrinnahar Latib

KUANTAN : Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bercadang menjenamakan semula Serambi Teruntum bagi memastikan pusat perniagaan itu kembali menjadi tumpuan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin berkata, perkara itu adalah salah satu usaha pihaknya dalam menghidupkan kembali pusat perniagaan berkenaan.

“MPK mempunyai kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah di Serambi Teruntum dengan kaedah baru yang sedang dirancang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang pada sesi soal jawab Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sebelum itu, Encik Sim ingin tahu berhubung Kompleks Serambi Teruntum yang semakin suram serta cadangan promosi yang dijalankan Kerajaan Pahang bagi memastikan kawasan terbabit dikunjungi pengunjung.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar berkata, Kempen Melawat Malaysia 2020 ( VM2020) adalah merupakan satu usaha untuk mempromosikan Malaysia di pasaran dunia.

“Semua destinasi pelancongan di Pahang dimasukkan dalam senarai destinasi yang dipromosikan dalam VM2020.

“Dua acara utama di Royal Pahang BIlifish International Challenge di Rompin dan juga Pesta Air Chenor, dimasukkan ke dalam 40 acara utama dalam kalendar pelancongan negara,” katanya.



 42 total views,  2 views today

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: