Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri.

JENAMA MUAFAKAT NASIONAL PERLU DIUTAMAKAN

PEKAN, 5 JULAI 2020: Jenama Muafakat Nasional iaitu kerjasama antara UMNO dan PAS semakin diterima baik oleh rakyat apabila Barisan Nasional memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Chini semalam.

Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, jenama tersebut perlu diutamakan terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum nanti.

Beliau berkata, agenda Muafakat Nasional perlu diteruskan dan penyelesaian penjenamaan parti perlu didahulukan selain faktor calon-calon yang berpotensi.

“Saya melihat branding (jenama) Barisan Nasional dan Muafakat Nasional sudah kembali pulih dan diterima baik oleh rakyat terutama di Dewan Negeri Chini ini. Ini sesuatu saya rasa cukup penting terutamanya bagi menghadapi PRU ke-15 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas calon BN pada PRK Chini, Mohd Sharim Md Zain diumumkan sebagai pemenang, di Paloh Hinai, di sini semalam.

Menyentuh mengenai gerak kerja sepanjang kempen PRK Chini, Mohd Dendera berkata, beliau kagum melihat semua jentera parti BN terutamanya BN Pahang bergerak dengan baik sekali.

Menurutnya, walaupun tempoh berkempen pada PRK kali ini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak ketat, bagaimanapun semua jentera dalam melaksanakan tugas masing-masing.

“Alhamdulillah seluruh (BN) bahagian di negeri Pahang beri komitmen yang amat baik sekali. Saya dapat melihat ini kerana saya berada di sini bermula 21 Mei lalu sehingga sekarang dan saya mengikuti rapat ketua-ketua pemuda (UMNO) bahagian di negeri ini.

“Saya juga melihat bagaimana gerak kerja jentera (BN) yang berterusan mendekati masyarakat Orang Asli, warga kampung tradisi dan warga Felda,” katanya.

Beliau juga berkata, jentera UMNO dari Shah Alam lebih kepada membantu jentera pemuda di Pahang seperti memberi sokongan dari aspek media sosial dan juga belakang tabir.

Menurutnya, selepas penamaan calon mereka berjumpa jentera parti untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang kecil.

“Lepas penamaan calon kita ada dengar sedikit isu berkaitan calon dan kita bergerak bersama-sama dengan ketua-ketua pemuda kita jumpa pemuda-pemuda dan kita terangkan serba sedikit isu calon. Kita mansihatkan ini adalah perjuangan perti dan perlu letakkan ke hadapan,” katanya.

BN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri (DN) Chini dengan majoriti yang lebih besar iaitu 12,650 undi.

Mohd Sharim memperoleh 13,872 undi manakala dua calon Bebas iaitu YM. Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli yang masing-masing mendapat 1,222 dan 137 undi.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: