Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato' Sri Dr Ismail Abd Muttalib bersama peserta Rumah Mesra Rakyat (RMR) pada Majlis Jom Raikan RMR 2020 di Kampung Salong, di Pekan.

JBPM, KKM JALIN KERJASAMA SEMAK ASPEK KESELAMATAN HOSPITAL

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 29 JUN 2020: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menandatangani Nota Persefahaman (NoU) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) namun tindakan lanjut tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, NoU yang telah melalui beberapa siri perbincangan itu menyemak kembali aspek keselamatan kebakaran termasuk struktur pendawaian di setiap hospital di negara ini.

“NoU itu akan melihat tindakan kedua-dua pihak dalam memastikan pematuhan tahap keselamatan kebakaran di semua hospital serta mengadakan latihan bersama, khidmat nasihat daripada bomba.

“Begitu juga dengan pihak KKM akan memberi input dan kerjasama supaya memastikan semua hospital dapat mematuhi dari segi kebombaan dan juga mengadakan latihan bersama dari segi latihan kebakaran dan juga kemahiran kakitangan bertugas di wad,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jom Raikan RMR 2020 bersama peserta Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib di Kampung Salong, di sini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin (kanan) pada Majlis Jom Raikan RMR 2020 di Kampung Salong, di Pekan.

Turut sama, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), YH. Dato’ Hasbullah Osman, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Encik Abd Rahim Muda.

Dalam pada itu, beliau berkata kemahiran kakitangan hospital terhadap mengawal kebakaran sangat penting sekiranya berlaku kebakaran di wad hospital.

“Ia terbukti dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam menyaksikan kakitangan hospital itu melakukan proses tindakan cepat dan berjaya mengeluarkan kesemua 24 pesakit selain berusaha memadamkan kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api disediakan di hospital itu.

“Kebakaran itu walaupun tidak dapat dipadamkan, tapi ia dapat mengurangkan kemerebakan. Bila bomba sampai dalam tempoh 5 minit dan buat pemadaman, (maka) kebakaran itu dianggap kecil,” katanya.

Wad Perempuan 1 HSA, Johor Bahru terbakar kira-kira pukul 3 petang semalam, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: