Jangan Salah Guna Teknologi – KDYMM Al-Sultan Abdullah

Ain Nadhirah Basha

PEKAN : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah meminta rakyat negara ini supaya tidak menyalahgunakan teknologi moden dan komunikasi alam maya.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa perbuatan menggugat keharmonian serta perpaduan negara merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

“Perbuatan menyebar fitnah, berita palsu dan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian serta perpaduan negara adalah satu perbuatan terkutuk yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli berangkat ke Majlis Konvokesyen Ke-6 Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM, di sini Sabtu lalu.

Antara hadirin yang menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-6 Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM, di Pekan

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi DRB-Hicom, YB. Dato’ Sri Syed Faisal Albar; Naib Canselor Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM, Profesor Datuk Dr. Omar Osman dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

KDYMM Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor Universiti DRB-HICOM turut menegaskan bahawa teknologi moden sewajarnya digunakan sebagai alat untuk kesejahteraan rakyat dan bukan sebaliknya.

“Saya menyeru kepada sekalian rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab dan menghargai keharmonian negara.

“Teknologi moden sewajarnya dijadikan sebagai alat untuk mensejahterakan rakyat serta mencipta kejayaan dan bukan untuk merosakan negara,” titah baginda.

Seramai 686 graduan daripada 45 program pengajian menerima ijazah bagi pengajian asasi, diploma, ijazah sarja

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: