Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar menyampaikan cek Skim Bantuan Am (JKM) Negeri Pahang kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis, YB. Dato' Khairuddin Mahmud; Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya, YB. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB Encik Sharim Mat Zain di Pusat Khidmat Rakyat Bebar.

JANGAN PILIH KASIH DALAM PENTADBIRAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 23 DISEMBER 2020: Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya membataskan hak rakyat untuk menerima pertolongan dan nikmat pembangunan secara sama rata.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, usaha yang perlu dilakukan adalah memastikan tiada penduduk di kawasan tadbir masing-masing keciciran dari segi bantuan mahupun perhatian.

“Saya ingin mengingatkan agar setiap daripada kita yang diberi amanah melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan jangan sesekali pilih kasih untuk menyelesaikan sebarang aduan yang diajukan oleh mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

“Organisasi pentadbiran juga perlu disusun sebaik mungkin dengan hala tuju, gerak kerja dan perancangan yang betul. Pentadbiran di peringkat bawahan yang kemas lagi tersusun dapat melancarkan urusan pentadbiran sekaligus membantu Kerajaan Negeri memajukan negeri Pahang secara menyeluruh,” katanya kepada semua jentera dan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat DN Bebar ketika Mesyuarat Penyelarasan DN Bebar, semalam.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan perjumpaan bersama pemimpin setempat amat penting untuk terus memahami peranan dan hala tuju yang perlu dilaksanakan di tahun akan datang agar ianya selari serta dapat membantu urusan Kerajaan Negeri seperti yang ditekankan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Menteri Besar menyasarkan kutipan hasil Kerajaan Negeri mencecah hingga RM1 bilion pada tahun akan datang. Dengan hasil pendapatan seperti itu sudah tentu lebih banyak pembangunan dan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat.

“Saya yakin ia mampu dilaksanakan dan bakal menjadi sejarah baru bagi Negeri Pahang. Teruskan kerja keras dalam satu pasukan yang jitu dengan perancangan dan hala tuju yang betul,” katanya. 

Sementara itu, beliau turut menyempurnakan penyampaian Skim Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang kepada empat Dewan Negeri (DN) di bawah daerah Pekan iaitu Bebar, Pulau Manis, Peramu Jaya dan Chini.

Cek penyerahan bantuan tersebut disampaikan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis, YB. Dato’ Khairuddin Mahmud; Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya, YB. Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Md Zain.

Bantuan keseluruhan berjumlah RM132,000 ini akan memberi manfaat kepada 440 orang penerima dan setiap penerima menerima bantuan bernilai RM300 yang diberikan secara one-off. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 767 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download