YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

JANGAN MASUK PAHANG JIKA TIADA SEBAB MUNASABAH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
FOto: Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 27 MAC 2020: “Jika tiada sebab kita tidak akan membenarkan orang awam masuk ke Pahang sesuka hati, pihak keselamatan yang membuat sekatan jalan di sempadan negeri tidak akan benarkan,” itu tegas YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri meminta pihak polis yang membuat sekatan jalan raya di sempadan negeri supaya tidak membenarkan orang awam untuk masuk ke Pahang dengan sesuka hati.

“Kalau tiada sebab munasabah, kita tidak benarkan. Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk tidak membenarkan sesiapa melakukan pergerakan sesuka hati

“Tetapi mesti ada sebab sama ada urusan rasmi, urusan perniagaan yang tidak dapat dielakkan (perniagaan yang dibenarkan dalam tempoh PKP),” katanya ketika ditemui selepas selepas melihat penghasilan peralatan perlindungan diri (PPE) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini di Pahang sudah terdapat tiga tangkapan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan dibawa ke mahkamah.

“Kita kena tegas kerana mahu menolong orang awam supaya jumlah kes di Pahang dapat dikurangkan. Alhamdulillah, di Pahang kita berjaya kawal wabak COVID-19.

“Setakat ini di negeri ini ada 69 kes dan pertambahan harian terlalu kecil, iaitu paling ramai tiga kes sehari. Selain itu ada dua pesakit ditempatkan di ICU dan kini semakin stabil.

“Isnin lepas kita ada empat pesakit yang ditempatkan di ICU, namun hari ini tinggal dua selepas kedua-dua pesakit semakin pulih,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: