Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ditemani Pegawai Daerah Pekan, YH Dato' Zaliza Zulkipli meninjau PPS banjir di SK Temai di Pekan baru-baru ini.

JANGAN BIAR ANAK-ANAK MAIN AIR BANJIR

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 6 JANUARI 2021: Penduduk di kawasan Dewan Negeri (DN) Bebar yang tinggal di kawasan dilanda banjir diingatkan supaya mengawasi anak-anak mereka bermain air banjir bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, beliau mendapati masih ada segelintir kanak-kanak bermain air banjir tanpa memikirkan risiko yang mungkin dihadapi.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar meminta ibu bapa mengawasi pergerakan anak mereka di musim banjir kerana tidak mahu kejadian lemas atau hilang dibawa arus di musim tengkujuh ini.

Penduduk Kampung Acheh mengharungi banjir untuk keluar dari kawasan rumah mereka.

“Dengan keadaan air Sungai Pahang yang meningkat naik mendadak dan arus air yang deras saya berharap penduduk mengambil serius perkara ini.

“Jangan biarkan anak-anak bermain di air banjir kerana malang tidak berbau. Janganlah sampai kita menyesal dikemudian hari kerana kealpaan dan kecuaian kita sendiri. Janganlah kita kehilangan orang yang kita sayangi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas melawat keadaan banjir di sekitar kawasan Dewan Negeri Bebar hari ini.

Sementara itu, beliau berkata penduduk juga tidak perlu panik dan menjaga keselamatan masing-masing serta saling bantu membantu ketika menghadapi ujian bencana banjir ini.

“Kerajaan Pahang akan sentiasa memberi perhatian dan membela nasib rakyatnya lebih-lebih lagi ketika ditimpa musibah,” katanya.

Beliau juga berharap semoga keadaan banjir yang melanda negeri Pahang ketika ini segera pulih dan semua diberi kekuatan serta dipermudahkan Allah SWT bagi menghadapinya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download