YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika menerima kunjungan daripada Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan, Encik Zamri Mohamad dan Encik Asrol Afandee Norzan di Wisma Sri Pahang di Kuantan.

JALAN PENYELESAIAN KONKRIT ATASI MASALAH MUARA CETEK

KUANTAN, 27 FEBRUARI 2020: Kerajaan Pahang akan mencari jalan penyelesaian yang konkrit bagi menangani masalah kecetekan beberapa muara sungai di negeri ini termasuk Sungai Nenasi sehingga menyukarkan pergerakan keluar masuk bot-bot nelayan tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan segera harus diambil kerana kecetekan muara sungai ini semakin hari semakin ketara sehingga terdapat kes nelayan tidak dapat membawa masuk bot-bot mereka ke jeti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar berkata, walaupun Kerajaan Negeri telah beberapa kali mengorek lumpur dan pasir bagi mendalamkan muara sungai, namun kejadian alam ini lama kelamaan akan tetap terjadi.

“Keadaan itu menyebabkan nelayan terpaksa menunggu hingga air pasang tinggi, setiap kali mahu keluar atau masuk pangkalan masing-masing bagi mengelak bot mereka tersadai di lumpur atau terlanggar beting pasir.

Keadaan muara sungai yang cetek di salah satu sungai di Pahang.

“Terdapat beberapa kawasan yang dikesan mengalami masalah ini seperti di muara Sungai Nenasi, Cherating, dan Balok. Saya difahamkan ada juga bot nelayan yang tersadai di beting pasir dan ada juga yang mengalami kerosakkan apabila enjin bot dimasuki lumpur atau pasir yang memerlukan belanja ribuan ringgit untuk dibaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Kuantan, Encik Zamri Mohamad dan Encik Asrol Afandee Norzan di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, ada juga antara mereka terpaksa memunggah hasil tangkapan menggunakan bot kecil yang lain dan sudah tentu ianya membuang masa serta tenaga mereka.

“Justeru Kerajaan Pahang akan mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi menyelesaikan  masalah dihadapi, supaya nelayan dapat bebas keluar masuk jeti sepanjang hari tanpa perlu risau dengan jadual pasang surut air.

“Saya akan beri perhatian perkara ini sebaik mungkin. Semoga masalah ini dapat diatasi segera untuk kebaikan semua pihak,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: