Jalan Ditutup Sempena Larian Unicorn Kuantan

Ain Nadhirah Basha

KUANTAN : Beberapa jalan di sekitar bandar Kuantan akan ditutup secara berperingkat bermula 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi bagi memberi laluan kepada program Larian Unicorn Kuantan 2019, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, antara jalan yang terlibat ialah Jalan Masjid, Jalan Mahkota, Jalan Besar, Jalan Teluk Sisek, Jalan Bukit Ubi dan Jalan Tanah Putih.

“Bagi fasa pertama jalan akan ditutup kepada semua kenderaan bermula 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi melibatkan Jalan Masjid bermula dari Hotel Shahzan Inn sehingga Masjid Negeri.

“Penutupan penuh pula akan dilakukan pada fasa kedua melibatkan Jalan Teluk Sisek (Jalan Tanjung Lumpur/Jalan Teluk Sisek ke Jalan Besar), Jalan Besar (penutupan penuh laluan utama ke Jalan Tanah Putih), Jalan Tanah Putih (Jalan Tanah Putih ke Jalan Mahkota), Jalan Mahkota (Jalan Penjara ke Jalan Bukit Ubi) dan Jalan Bukit Ubi (susur Tabung Haji ke Jalan Mahkota),” katanya satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Jalan Gambut-Jalan Dato’ Wong Ah Jang, Jalan Dato’ Wong Ah Jang-Jalan Tun Ismail dan Jalan Dato’ Wong Ah Jang-Jalan Mahkota.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download