JAIP Umum Perubahan Waktu Subuh Bagi Pahang

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN : Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah bersetuju melaksanakan tambahan masa sebanyak lapan minit bagi permulaan waktu Subuh di seluruh negeri ini.

Pengarah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, pelaksanakan perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja dan berkuatkuasa bermula hari ini.

“Mesyuarat berkenaan bersetuju melaksanakan tambahan masa sebanyak lapan minit bagi permulaan waktu Subuh.

“Perubahan waktu solat ini hanya melibatkan waktu Subuh sahaja dan membabitkan semua daerah di seluruh negeri Pahang,” katanya dalam satu surat rasmi bertarikh hari ini.

Sehubungan itu, semua masjid dan surau di negeri ini perlu mengemaskini permulaan waktu solat Subuh di kawasan masing-masing.

Sebelum ini, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah melaksanakan perubahan waktu solat Subuh seperti mana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: