Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, En Mohd Nazri Abu Seman (tiga dari kanan) melihat nangka yang dipamerkan pada Program Laluan Pasaran Nangka Ke Luar Negara Tahun 2020 di Akademi Usahawan Tani (AUTP) Kampung Awah, di Maran hari ini.

JABATAN PERTANIAN SASAR EKSPORT NANGKA PAHANG KE LUAR NEGARA

Oleh : Fansurina Abdullah

MARAN, 8 September 2020 – Jabatan Pertanian mensasarkan pengeksportan ke luar negara bagi buah nangka ke beberapa negara termasuklah sekitar negara Asia, Dubai, Republik Chech, Taiwan dan Hong Kong.

Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, En Mohd Nazri Abu Seman berkata, selain negara-negara terbabit, nangka juga berpotensi untuk dipasarkan ke China, Jepun dan Korea.

Beliau berkata, negeri Pahang merupakan pengeluar nangka paling besar di Malaysia selain Johor dan Negeri Sembilan dengan 1,927.9 hektar dan nilai pengeluaran sebanyak 7,569 metrik tan setahun.

“Kebanyakan hasil yang dikeluarkan adalah untuk dimakan mentah. Isi nangka yang ditinkan adalah disenarai kedua tertinggi di antara buah-buahan tropika yang ditinkan dan terdapat di pasaran United Kingdom dan Jerman. Isi nangka juga boleh dikeringkan untuk dijadikan snek yang berkhasiat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Laluan Pasaran Nangka Ke Luar Negara Tahun 2020 di Akademi Usahawan Tani (AUTP) Kampung Awah, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri Chenor, YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak

Program tersebut dihadiri seramai 210 peserta yang terdiri daripada pengusaha nangka di seluruh Negeri Pahang dengan memfokuskan kepada kaedah pemasaran nangka mengikut Manual System Approach (SOP) menerusi Jabatan Pertanian dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Justeru, Jabatan Pertanian berperanan sebagai Organisasi Perlindungan Tanaman Kebangsaan (NPPO) untuk menyelaraskan perlaksanaan.

Bagi merealisasikan usaha pengeksportan buah nangka ini juga, beberapa aspek perlu dititikberatkan bagi memastikan laluan pasaran nangka Pahang ke luar negara dapat berjalan dengan lancar.

Aspek yang perlu dilihat termasuklah amalan pertanian baik, pengurusan ladang ke penuaian dan pengendalian lepastuai sehingga dipasarkan.

Beliau berkata, tiga varieti nangka yang disyorkan untuk penanaman secara komersil ialah J29 dan J33 (Tekam Yellow) yang sesuai untuk dimakan mentah manakala J31 (NS 1) pula sesuai untuk diproses. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download