Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak (kiri) menyampaikan anak pokok kelapa pada Majlis Penyerahan Anak Benih Bagi Program Penanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) di Balai Raya Kampung Mambang, di Pekan, hari ini.

INSENTIF PENANAMAN KKR BANTU KURANG KEBERGANTUNGAN KELAPA IMPORT

INSENTIF PENANAMAN KKR BANTU KURANG KEBERGANTUNGAN KELAPA IMPORT

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

PEKAN, 26 JUN 2020: Insentif penanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) dimulakan sejak dua tahun lalu oleh Kerajaan Negeri Pahang dapat mengurangkan kebergantungan permintaan kelapa import bagi kegunaan tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak berkata, program penanaman KKR ini diharapkan dapat memberikan pendapatan tambahan kepada penduduk setempat.

“Kita laksanakan program ini adalah bagi menangani ketidakseimbangan khususnya dari segi penghasilan kepala itu sendiri, iaitu jika dilihat contohnya kita mengimport kepala setahun adalah dalam RM217 jura pada tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Anak Benih Bagi Program Penanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) di Balai Raya Kampung Mambang, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pertanian Pahang, Encik Mohd Nazri Abu Seman.

Pada majlis itu, sebanyak 250 anak benih kelapa jenis Malayan Yellow Dwarf (MYD) diagihkan kepada penduduk di kampung berkenaan.

YB. Dato’ Sri Ir. Mohd Soffi berkata, pengagihan itu adalah fasa pertama dan ia akan diteruskan, berdasarkan permintaan penduduk.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri menyasarkan sejumlah satu juta kelapa dapat dihasilkan setiap tahun melalui program penanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR), dalam tempoh antara tiga hingga empat tahun akan datang

“Ini sekali gus dapat mengurangkan kos import ditanggung kerajaan setiap tahun bagi membawa masuk kelapa dari luar negara,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download