Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan.

INDIVIDU, PREMIS DIKOMPAUN LANGGAR PKPP

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 5 OKTOBER 2020: Sebanyak 16 buah premis dan tiga individu dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemantauan yang dilakukan semalam.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, sebanyak 113 buah pasukan melakukan 1,510 pemantauan di kawasan tumpuan awam termasuk tempat riadah, terminal bas dan teksi serta pasar awam dan pasar tani.

“Pemantauan dan pemeriksaan turut dilakukan di premis perniagaan, kilang, bank, tempat ibadah serta tapak pembinaan di sekitar negeri Pahang.

“Nasihat dan amaran juga telah diberikan kepada orang awam agar terus mematuhi penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai 1,356 orang telah ditangkap sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac sehingga PKPP yang berlangsung sehingga hari ini.

“Seramai 584 orang telah dituduh di mahkamah sepanjang tempoh sama dan dikenakan denda di atas keingkaran mereka,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 92 total views

Please follow and like us:
error
error: