Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis mengadakan bacaan surah Al-Kahfi setiap kali sebelum Solat Jumaat seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

IMARAH JUMAAT DENGAN BACAAN SURAH AL-KAHFI

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 16 OKTOBER 2020: Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis mengadakan bacaan surah Al-Kahfi setiap kali sebelum Solat Jumaat seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam surat yang bertarikh 1 Oktober lalu, KDYMM Pemangku Raja Pahang menitahkan semua masjid di negeri ini melaksanakan bacaan Surah Al-Kahfi secara berjemaah sebelum Solat Jumaat (iaitu sebelum azan Zohor) bermula 2 Oktober lalu.

Imam 1 Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis, Al-Fadhil Ustaz Azraie Mohamed Saballah berkata, amalan membaca surah Al-Kahfi merupakan perkara yang digalakkan pada hari Jumaat sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadis sahih.

Jemaah Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis turut membaca surah Al-Kahfi sebelum Solat Jumaat seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Terdapat banyak fadhilat dan ganjaran sekiranya membaca surah Al-Kahfi dijadikan amalan, antaranya dapat menyelamatkan umat Islam daripada fitnah Dajjal,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Malah katanya, titah KDYMM Pemangku Raja Pahang itu juga sangat bermanfaat kerana secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai khususnya jemaah masjid membaca al-Quran secara beramai-ramai.

“Alhamdulilah setakat ini jemaah di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis memberikan kerjasama yang sangat baik dalam mengimarahkan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat.

“Saya berharap akan lebih ramai jemaah yang hadir lebih awal ke masjid pada hari Jumaat untuk sama-sama meyertai bacaan surah Al-Kahfi ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 66 total views

Please follow and like us:
error
error: