Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Abdul Rahman Osman.

HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN COVID-19 ADALAH HARUS

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 16 FEBRUARI 2021: Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JKPHS) Kali ke-5 Tahun 2020 yang telah bersidang pada 18 Disember 2020 telah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan vaksin COVID-19 adalah diharuskan.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman berkata, keputusan tersebut dibuat bagi penggunaan vaksin COVID-19 dengan bertujuan sebagai imunisasi kepada umat Islam adalah diharuskan.

“Pemberian imunisasi vaksin COVID-19 kepada umat Islam di negeri ini yang akan dilaksanakan secara berperingkat kepada golongan yang ditentukan adalah menepati prinsip maqasid syari’iyyah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Program suntikan vaksin COVID-19 bagi negeri Pahang di bawah fasa 1 yang melibatkan barisan hadapan lebih 28,000 orang akan bermula akhir Februari ini.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, mereka terlibat ialah dalam kalangan kakitangan serta anggota Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Task Force COVID Negeri.

Gambar hiasan.

Bagi fasa 2 melibatkan lebih 360,000 orang dalam kalangan mereka berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun dan ke atas, dan golongan berpenyakit kronik atau ‘comorbid’, suntikan vaksin akan bermula April ini.

Di bawah fasa 3 melibatkan lebih 700,000 individu 18 tahun dan ke atas pula, suntikan vaksin bagi mereka akan bermula Mei ini hinggalah Februari 2022. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download